Sunday 29 May 2011

kursus asas pembinaan blog

Tarikh:
30 Mei 2011

Masa : 
8.00 - 4.30 petang

Tempat : 
Perpustakaan SMK Taman Tuanku Jaafar

Dirasmikan oleh : 
Tuan Abdullah bin Yusuf, 
Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTPN) 
Negeri Sembilan

Objektif Kursus :
-mendedahkan kepada guru panitia dan pelajar tentang kemahiran menghasilkan blog panitia dan unit masing-masing.

-dapat menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti panitia sepanjang tahun khasnya kepada para pelajar, ibu bapa, guru-guru dan komuniti.

-dapat mencungkil dan menyerlahkan kreativiti dan inovasi guru-guru dan pelajar dalam penghasilan blog.

-memupuk sikap yang positif dan beretika tentang penggunaan teknologi maklumat di kalangan para pelajar, guru-guru dan komuniti.

sekian~

objektif pendidikan sivilk

Matlamat

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

Objektif

Mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai

Tema 

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhadap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik supaya murid menjadi warganegara yang bertanggungjawab.

Khidmat Masyarakat

Khidmat Masyarakat merupakan komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.  Aktiviti ini dijalankan di luar waktu persekolahan.  Murid-murida perlu melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan.